PENGUMUMAN PENTING:
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong Pegawai Belia dan Sukan Gred S48, S41 & Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29 di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.
Cara Memohon:-
- Borang Permohonan boleh didapati daripada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Aras 2, Blok 1, Presint 2, Menara Seri Wilayah, 62100 Putrajaya dengan memuat turun dari laman sesawang : http://www.wipers.gov.my
- Permohonan perlulah disertakan dengan satu Salinan Sijil, Kad Pengenalan yang telah disahkan beserta gambar berukuran passport.
Tarikh Tutup Permohonan :
Semua permohonan (termasuk permohonan melalui pos) hendaklah diterima oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan selewat-lewatnya pada 30 Januari 2019 kecuali bagi jawatan Pegawai Belia dan Sukan S41 tarikh tutup dilanjutkan sehingga 4 Februari 2019. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan
Alamat Penghantaran:
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:
Pengarah
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan,
Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Presint 2,
62100 Putrajaya
Muat turun Iklan dan Borang Permohonan Jawatan dibawah:-
Iklan Jawatan Kosong Pegawai Belia dan Sukan Gred S48 (baru)
Iklan Jawatan Kosong Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 (baru)- tarikh tutup dilanjutkan 4 Februari 2019
Iklan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29 (baru)
Borang Permohonan Jawatan Kosong MSWP (baru)