Insentif

INSENTIF

Insentif Kemenangan Sukan Malaysia (SUKMA) bagi Jurulatih dan Atlet telah diwujudkan bagi memberi dorongan kepada para jurulatih dan atlet untuk meningkatkan pencapaian dan prestasi masing-masing di peringkat kebangsaan, khususnya di temasya SUKMA.


INSENTIF JURULATIH
Objektif insentif jurulatih adalah seperti berikut:

  1. Penghargaan kepada Jurulatih yang mencapai sasaran (KPI) yang ditetapkan;
  2. Meningkatkan motivasi Jurulatih supaya terus berusaha untuk melatih atlet dengan bersungguh-sungguh.
  3. Galakkan kepada Jurulatih untuk terus berkhidmat bersama Wilayah Persekutuan.
  4. Bantuan untuk menampung keperluan selain daripada elaun yang diterima.