Pengurusan Sumber Manusia
- Merancang pembangunan organisasi dan menjalankan kajian cadangan pemansuhan jawatan dan penggredan semula jawatan;
- Mengumpul, menyedia dan menyelaras maklumat perjawatan serta keperluan untuk pewujudan jawatan baru;
- Menyelaras penyertaan kursus berjadual anjuran institusi latihan awam dan swasta;
- Menyediakan Perancangan Strategik Pembangunan Sumber Manusia;
- Merancang dan menyelaras urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai;
- Melaksanakan urusan pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen,
- Menguruskan tindakan tatatertib;
- Menguruskan pengisytiharan harta personel;
- Menguruskan Penentuan Gaji Permulaan yang lebih tinggi;
- Menyelaras dan memproses urusan tanggung kerja;
- Mengurusetiakan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM);
- Melaksanakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC);
- Membuat perancangan Pelan Penggantian terhadap semua pegawai di MSWP;
- Menguruskan pelantikan pegawai tetap dan pelantikan pegawai kontrak;
- Merancang dan mengurus penempatan personel MSWP;
- Menguruskan pelantikan secara peminjaman/pertukaran sementara dan pertukaran tetap;
- Menguruskan persaraan pilihan dan persaraan wajib;
- Menguruskan permohonan keluar negeri atas urusan rasmi dan atas urusan persendirian;
- Mengurus cuti personel berdasarkan Perintah Am Bab C; dan
- Menyelaras anugerah pingat dan bintang kebesaran negeri-negeri dan Persekutuan untuk diajukan ke KWP.
Pengurusan Pentadbiran Am
- Mengendalikan urusan surat-menyurat dan pengurusan sistem fail;
- Memantau kebersihan/keselamatan/kerosakan pejabat;
- Menguruskan Kenderaan Jabatan dan Pemandu;
- Menguruskan Tempahan Bilik/Makan-Minum Mesyuarat;
- Menguruskan Logistik Untuk Majlis-majlis Rasmi MSWP;
- Menguruskan kemudahan dan peralatan pejabat;
- Menguruskan Pengurusan Stor;
- Menguruskan Pengurusan Aset;
- Menguruskan perolehan secara pembelian terus, sebut harga, dan tender bagi bekalan, perkhidmatan dan perkhidmatan kerja;
- Menguruskan Panjar Wang Runcit;
- Menguruskan permohonan dan pengeluaran Pesanan Kerajaan (Local Order); dan
- Menguruskan permohonan tempahan dan pengeluaran Waran Penerbangan Udara Awam (WPUA).
Pengurusan Kewangan
- Mengendalikan urusan fungsi perakaunan dan kewangan;
- Menyediakan anggaran belanjawan MSWP;
- Menguruskan urusan Audit dari Audit Dalaman dan Audit Negara;
- Memantau dan melaksanakan prosedur dan peraturan kewangan;
- Mengurus pembayaran elaun, tuntutan dan semua bayaran balik;
- Melaksanakan pembayaran Pesanan Kerajaan (Local Order) dan pembayaran bil tanpa Pesanan Kerajaan (Local Order);
- Mengurus terimaan/hasil dan akaun belum terima;
- Menyelenggara buku tunai;
- Menyelengara buku vot;
- Mengurus dan menyelia rekod-rekod kewangan;
- Mengurus dan menyedia laporan bulanan, suku tahun dan tahunan;
- Pengurusan perakaunan dan penyediaan laporan kewangan tahunan;
- Penyediaan laporan JKPA MSWP;
- Menguruskan sumbangan, bantuan dan insentif;
- Menguruskan pembayaran elaun-elaun secara berkala;
- Menyediakan maklumbalas bagi teguran Audit Dalam dan juga Audit Negara; dan
- Menguruskan Akaun Bank MSWP.