Anugerah Sukan

ANUGERAH SUKAN

Anugerah

  1. Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan merupakan anugerah paling berprestij yang bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada Atlet, Jurulatih, Pengurus dan Pegawai Sukan yang telah berusaha meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sukan di Wilayah Persekutuan.
  2. Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2007 lagi dan kini telah dilaksanakan seperti mana semua Negeri-negeri dan juga seperti pemberian Anugerah Sukan Negara setiap tahun.
  3. Penganugerahan ini dibuat melalui Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Sukan Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab menilai dan mempertimbangkan calon-calon yang dikemukakan oleh setiap Persatuan Sukan untuk dipilih mengikut kategori Anugerah yang dipertandingkan.

Objektif

Objektif Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan ini adalah:-

  • Pengiktirafan kepada Atlet, Jurulatih, Pengurus dan Pegawai Sukan yang telah mencapai kecemerlangan sukan di Wilayah Persekutuan.
  • Penghargaan kepada individu-individu yang telah menyumbang kepada pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan.
  • Galakkan dan motivasi kepada ahli sukan di Wilayah Persekutuan supaya terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang bukan sahaja di Wilayah Persekutuan malah di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Penerima Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2013/2014

Penerima Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2011/2012

Penerima Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2010

Penerima Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2009

Penerima Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2008

Penerima Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2007